You are currently viewing Servis Aircond Murah Ipoh

Servis Aircond Murah Ipoh

Kebanyakan dari kita tidak ambil endah tentang servis aircond berkala. Aircond yang kita guna setiap hari wajib servis setiap 6 bulan sekali atau setahun 2 kali.

Servis aircond perlu dititik beratkan untuk mendapat kualiti udara yang bersih yang mana pada hari ini penggunaan aircond benar-benar pratikal pada kehidupan moden hari ini dan cuaca yang panas di Malaysia.Memiliki alat penghawa dingin adalah asas pada keperluan hidup moden dan keperluan harian.

Disini ingin saya kongsikan info penting tentang penjagaan dan servis aircond rumah atau pejabat anda.

Tips Penting Servis Aircond Berkala

BIL ELEKTRIK MELAMBUNG TINGGI ! ANGIN AIRCOND SLOW ! DAH BUKA TOP SPEED FAN PUN MASIH ANGIN SLOW JUGA !

Tahukah anda aircond menggunakan compressor dan mempunyai sistem auto cut off ketika bilik mencapai suhu bilik? Dengan sistem ini dapat menjimatkan penggunaan elektrik dan jangka hayat aircond akan lebih berpanjangan.

Servis aircond perlu dilakukan mengikut masa kerana terdapat habuk yang berkumpul di bahagian cooling coil dan blower wheel di unit dalam iaitu indoor unit  dan di condenser pada unit luar iaitu outdoor unit .Dengan ini menyebabkan sistem auto cut off compressor tidak berlaku dan memaksa compressor bekerja keras untuk menyejukkan  bilik. Menyebabkan  Bil Elektrik Melambung Tinggi !

AIRCOND MASIH SEJUK TAPI AIR PULAK MENITIK-NITIK !

Air menitik pada bahagian aircond unit dalam iaitu indoor unit biasa nye akan berlaku disebab kan servis aircond berkala tidak di rutinkan .

Biasanya air yang menitik-nitik ini, aircond masih lagi berkeadaan sejuk. Puncanya dari drain pan tersumbat iaitu laluan air di dalam unit aircond telah di penuhi dengan habuk yang berkumpul. Dan menjadi kotoran berbentuk jeli maka air aircond tadi tidak melalui laluan yang sepatutnye.Penyelesaian nya dengan melakukan servis aircond iaitu perlu flushing pada drain pan tadi agar kotoran yang berbentuk jeli tadi dapat dikeluarkan dan dibersihkan.

Untuk melakukan servis aircond sebegini sebaik-baiknye perlu menggunakan perkhidmatan syarikat atau individu juruteknik penghawa dingin yang bertauliah.

HARGA SERVIS AIRCOND MURAH DAN BERKUALITI !

Kebanyakkan harga servis aircond atau pakej servis aircond yang ditawarkan oleh servis provider yang menjalankan perkhidmatan servis aircond ketika ini boleh di panggil untuk melakukan perkhidmatan servis aircond dari company atau individu yang berdaftar dengan SSM iaitu  Suruhanjaya Pendaftaran Syarikat .

Panduan Harga !

Untuk kategori aircond jenis lengkapan dinding iaitu Wall Mounted

1. Filter Servis   RM40-RM60- hanya membersihkan penapis indoor dan check isipadu gas.

2. Normal Servis = Minor Servis. Refill 20 PSI gas

RM80-RM100     –    1HP – 2.5HP

3. Chemical Servis Indoor unit dan Outdoor . Hanya menggunakan  Canvas tanpa membuka dan menurunkan unit .Refill 20 PSI gas.

RM130-RM180    –    1HP – 2.5HP

3. Overhoul Chemical Servis Indoor dan Outdoor unit .Membuka keseluruhan serta menurunkan unit .Refill 20 PSI gas.

RM160-RM200  –    1HP – 2.5HP

 

Leave a Reply