You are currently viewing Servis Aircond Rumah Boleh Dilakukan Sendiri

Servis Aircond Rumah Boleh Dilakukan Sendiri

Servis aircond rumah dapat dilakukan sendiri jika ada pengetahuan di samping menitikberatkan faktor-faktor keselamatan. Di ruangan ini, kami dari Izzad Roslan Enterprise ingin berkongsi cara servis aircond rumah tanpa berlaku kerosakan pada aircond anda.

CARA SERVIS AIRCOND

PERHATIAN! pastikan suis elektrik dimatikan

Alatan asas untuk servis aircond adalah tangga yang sesuai, kain pengelap dan air.

Terdahulu, suakan tapak tangan pada hembusan angin yang keluar dari aircond dan rasakan perbezaaannya. Jika terdapat perbezaan angin di kiri dan kanan aircond, ini menandakan aircond tersebut telah sampai masa untuk di service.

Perhatian! pastikan suis elektrik dimatikan.  Ini langkah pertama untuk servis aircond rumah dan perlu dititik beratkan untuk menjaga keselamatan diri.

Seterusnya, buka dan angkat ke atas cover pada permukaan hadapan indoor unit.Setelah itu, tarik filter yang berwarna  hitam atau putih (seperti jaring) yang kelihatan selepas membuka cover indoor aircond tersebut. Filter di basuh menggunakan sabun dan air bersih dan dibiarkan kering sebelum dipasang semula.

Sementara menunggu filter kering, perlu dibersihkan bahagian cooling coil atau fin coil yang kelihatan berhabuk dengan menggunakan tuala atau kain basah. Letak tuala basah tadi bermula dari atas ke bawah pada bahagian fin coil dengan perlahan-lahan.

 

servis aircond rumah

 

 

Leave a Reply