
7 Punca Kenapa Aircond Tak Sejuk
Selalunya bila aircond tak sejuk apa yang kita fikir..
Gas tak ada mesti nak kena tambah ni..
Kita pun call le orang aircond..
Hello Bos !..boleh datang rumah saya tak hari ini nak tambah gas aircond la..
Yang sebenarnya punca aircond tak sejuk banyak sebab tak semesti gas kurang ada atau tak ada langsung gas..
Gas aircond ini bukan macam gas memasak dirumah yang sentiasa perlu ditukarkan tong gasnya…..
Kita tak boleh faham macam tu..
Gas aircond yang dipanggil refrigerant tidak boleh habis atau kurang melainkan sekiranye ada kebocoran pada system piping copper dan unit aircond luar dan dalam.
Disini saya ingin kongsi info berkaitan dengan 7 punca aircond tak sejuk yang perlu dibaiki atau di selenggarakan..

1. Sensor Coil
Sensor coil ini berada didalam indoor unit , perlu di buka cover body untuk mengantikan sensor ini. Apa tanda menunjukkan sensor coil ini problem ,perlu lihat pada indicator light sekiranye kelihatan lampu berwarna oren.
Harga antara RM80-RM100

2.PCB Board
Antara kompenan parts yang mahal dalam unit aircond.Ianye berada di dalam unit indoor.Punca kerosakkan biasa berlaku atau terbakar di sebabkan ada litar pintas atau ada cicak mati permukaan litar board.
Harga antara RM300-RM450

3. Motor Blower
Bila kita “ON” aircond biasanye aircond akan jalan dan compressor pun tetap jalan tapi angin blower tidak terasa dan kita cuba pusing blower wheel dengan menggunakan tangan.Sekiranye blower itu mau berpusing tapi slow bermakna motor blower atau capasitor perlu di tukar.
Harga antara RM150-RM250

4. Capasitor Comp
Berada pada outdoor unit biasanye berdekatan di atas compressor.Bila comp signal dari terminal indoor beri signal pada terminal outdoor akan ada kedengaran comp nak jalan tapi ia terhenti bermakna capasitor comp yang rosak .
Harga antara RM80-RM150

5. Capasitor Fan Motor
Berada di outdoor unit sebelah dengan comp.Dengan cara melihat pada motor fan oudoor ini sama ada ia berpusing ada pun tidak.
Harga antara RM60-RM80
6. Motor Fan Outdoor
Bila cek atau tukar capasitor masih juga motor fan tak jalan maka ia menunjukkan motor
fan itu pulak yang rosak dan perlu ditukar baru.
Harga antara RM140-RM250

7.Kebocoran Gas
Perlu cari dimana bocornya sama ada pada copper piping atau unit dalam dan unit luar.
Cara mencari bocor yand pertama kita perlu isi gas yang berkurangan tadi sehingga penuh dan menggunakan air sabun untuk mengesan kebocoran.Biasanya kita akan buat flare nut yang baru pada indoor dan outdoor piping.Selepas itu kita running unit selama seminggu atau sebulan untuk detect atau mengesan kebocoran yang halus pada unit luar dan dalam.
Harga antara RM150-RM250